hwanyeong~kangei~huānyíng~welcome!!

welcome to our baby blog!!

the newest pinky bling2 star in a blue diamond with the braveness of reddish sand..

Thursday, April 26, 2012

bila mengantuk dalam kelas..


“ weih, ngantuk sangat dalam kelas takdi”. “ saya tidur la dalam lecture takdi”.

Ahah! Masalah besar nih. Tumpuan yang sepenuhnya dalam kelas sangat penting untuk setiap madah@pelajaran. Ok, mgkin kita bulih maafkan kalau mengantuk masa sejarah or biologi, tp, never ever sleep during chemistry or physics class!

Sekarang ni sem 2, kitorang belajar organic chemistry. Hui, kalau tidur dalam kelas, memang habis ah. Hancoq! Leish? Kenapa? Sbb OC ni kna ad org yg bagi penerangan, ya3ni doctor kita.
So, ape nak buat? Ni dia..!

1.       Breakfast. Breakfast tak perlu terlalu berat pun, yang penting makan. Ingt lagi dulu, abah selalu je marah kalau tak breakfast. He3. Abah bgtau yg breakfast ni sgt penting, kalau xsempat sgt pun, makan roti skeping dan air pun ok. Thanks a lot abah for your guidance. Breakfast pun penting utk tingkatkan metabolism badan. So, sesiapa yang nk kuruskan badan tuh, silalah breakfast.

2.       Bawa air botol. Bila rasa mengantuk jer, trus minum air. Give your brain a new supply of oxygen. insyaALLAH, cikgu or doctor xmarah pun. Kalau kat JUST, memang budak Melayu lah yg sinonim dgn minum air dalam kls nih. Mula2 memang la bdk arab pandang lain mcaam jer, ye la, bukan adat diorang (diorang lagi suka minum kopi sebelum kelas. Bulih jer nak tiru yang ni. Tapi, kat Malaysia takde sgt pun org jual air kopi kn? Kat Jordan ni, berlambak. Dah adat diorang), tp kitorng minum jer. Doctor tak kisah pun. So, minum air byk2.

3.       Makan coklat. Ni pun, budak Melayu jer yang buat dalam kelas. Hehehe. Kadang2 kelakar jugak bila tiba2 jer dengar plastic coklat tu dibuka. Bila pandang jer, sah melayu. Tp, takpe, asal tak tido dalam kelas. Makan kurma pun bulih. Macammana? Fikir la sendiri.

4.       Duduk di hadapan. Ni juga dapat membantu. Takkan nak tido lg kot bila doctor ada depan mata kita jer?

5.       Ni rahsia yang saya baru kaji. Cara terbaik untuk elakkan mengantuk dalam kelas, ialah tidur dulu sebelum kelas. Caya lah. Stakat ni, sy xpernah mengantuk kalau tidur dulu sebelum kelas. Tp, mgkin utk budak2 sekolah, susah sikit kut. Kitorang kat university ni, ad gap@break pnjang sebelum kls seterusnya. Sempat sgt nk tidur tu.

Wa akhiron, niat yang ikhlas sebelum pergi kelas. InsyaALLAH, ALLAH Maha Mengetahui yang kita ke kelas tu, nak belajar, nak ilmu. insyaALLAH denngan mudahnya dapat terima ilmu tu tnpa rasa MENGANTUK! Amin.

Wallahu3alam..

p/s: no 3 tu mrujuk kepada huruf ‘ain dalam arab. =)

Wednesday, March 28, 2012

result...........USAHA

Alhamdulillah, allahuakbar, subhanallah..

Astaghfirullah..

Assalamualaikum..

Baru-baru ni, 21/3/2012, adik-adik SPM semuanya, penuh emosi. Ada yg gembira, sedih, hampa, bangga dan macam2 lagi. Ya, itulah fenomena biasa yg melanda Malaysia bila shja result SPM dikeluarkan. Mgkin bg kami, tetragurlz, SPM itu hanyalah sijil biasa, tp tidak bg mereka. Ini titik permulaan bg semua lepasan SPM. Dulu, sy pernah post pasal cabaran lepas SPM. Yup, laaaagi mencabar emosi dan fizikal(klu blaja kereta) dari SPM. Mane taknya, lepas SPM, kena fikir sal nak amik STAM ke tak, nk amik biasiswa ape, nk ngaji kat mane, pastu, kena prepare interview lak, bukan calang2 interview. Nk minta biasiswa, nk jd guru, nk cari kerja sambilan n byk lagi; itu semua satu pengalaman yg sangt baru. Nk bndingkan dengan SPM yg tiap2 hari asyik makan suap cikgu jer, memang kehidupan lepas SPM lagi mencabar.

Namun, kita tetap xdapat nafikan result itu boleh mengubah semuanya. Hala tuju kita, kerjaya kita dan apa impian kita; semuanya bermula dengan mengambil slip result SPM.

 Tapi, nak tak nak, kita mesti sedar yg result bukanlah apa yg patut kita ambil kira. Kenapa? Hmm.

Analogi mudah, katakan kita ni nk tanam pokok betik. Adakah kita dapat kawal sebanyak mana nak letak baja? Ya. Adakah kita dapat kawal sekerap mana nk siram pokok tu? Derr, ye lah. Ok, sekarang tanya diri kita balik, adakah kita dapat kawal sebanyak mana pokok betik tu harus keluarkan buah setiap tahun? Um, mesti la tak kan. Coz ALLAH yg kawal itu semua. 

Ya, ALLAH yg tentukan resultnya. Tp, USAHA? Kita dapat kawal itu semua. Kita boleh usaha bersungguh2 atau wat rileks jer. Kita boleh pilih nk study ke main game. <he3, terasa lak> Pucuk pangkalnya, kita boleh BERUSAHA. Hasil? ALLAH dalam kalam indah-Nya memberitahu kita bahawa kita akan dapat setimpal dengan apa yg kita usahakan. So, klu kita usaha lebih, dapat lah lebih.

Taaaapi. Dah usaha, result still.................hmm...

Ok, tp ALLAH pun bgtau kita yg hanya amalan yg ikhlas jer diterima. Kan? So, check dulu usaha kita tu. InsyaALLAH, betulkan niat baik2, belajar kerana ALLAH, insyaALLAH, kita akan Berjaya dunia akhirat. Ingt, janji ALLAH itu benar.

Hu3, sekadar sharing sambil menasihati diri sendiri.

Doakan saudara kita di Palestin, Syria, Lubnan, Iraq dan seluruh dunia. Moga2 mereka berada dalam perlindungan ALLAH, amin.

Wassalam.

                                              "LiVe to EXpReSs, NoT TO imPrEss"

                                                                    <3 ('',) <3

Tuesday, March 20, 2012

3 MAC 1924

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, allahuakbar, subhanallah..

Yup. 3 MAC 1924. Apa sgt dgn tarikh 3 MAC tu? Hari jadi sesiapa yg istimewa ke? Umm, bagi yg cukup cakna, tarikh itu ialah tarikh yg sepatutnya kita bersedih, kita insaf, kita sedar n merenung kembali sejarah2 lama. APA???! 3 MAC mgkn tarikh bahagia buat orang2 kafir, TAPI TIDAK BAGI KITA! Pada 3 MAC 1924, KITA KEHILANGAN KHALIFAH. ISLAM HILANG PEMIMPIN BERWIBAWA. Ya, itulah apa yg berlaku pada 3 MAC. 

BAGAIMANA?

Sebagaimana yg kita telah tahu, dunia Islam bermula dengan Rasulullah tercinta, dan sistem khalifah pula bermula pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Pada zaman kegemilangan Islam, dunia seluruhnya berpaksikan ISLAM, cara hidup, pakaian, ilmu; semuanya dicedok dr dunia ISLAM. Kita disanjung, umat Islam terbela, AL-QURAN dimuliakan dan ISLAM sendiri menjulang tinggi. Namun, bermula zaman Turki Uthmaniyah, ISLAM mula tercabar. Pernah satu ketika TANAH PALESTIN diminta oleh British untuk dijual, namun, khalifah KITA, SULTAN ABDUL HAMID II pada masa itu dengan tegas mengatakan, 

     “Sesungguhnya aku tidak sanggup untuk melepaskan walaupun sejengkal dari tanah ini (Palestin). Kerana ia bukan milikku, tetapi milik rakyatku yang telah berjuang dengan darah mereka untuk mempertahankannya.”
Namun, British dan sekutunya terus berusaha untuk jatuhkan dunia Islam. Mereka memilih Mustapha Kamal Atarturk untuk agenda mereka. Saat itu, Turki jatuh ke tangan kuasa Barat. Seluruh Negara Islam dipecahkan kepada negeri2 kecil. Wujudnya perbezaan bangsa walaupun pada dasarnya, umat ISLAM hanyalah satu. Bangsa ISLAM. Tepat 3 MAC, KHALIFAH dihapuskan.

JADI??

Dimana khalifah kita?

Lihatlah Palestin, Syria, Libya, Mesir. Dimana peranan kita? Ya, kita tak mampu berperang, kita masih tak mampu bedil zionis2 tersebut, tp kita mampu merubah diri kita. Kita mampu bentuk MUSLIM MUJAHID sebenar2nya dalam diri kita. Dengan itu, kita bina keluarga muslim, masyarakat muslim, kerajaan muslim, Negara ISLAM, dan setrusnya Ustaziyatul alam-EMPAYAR ISLAM.

Jom! Mula bertindak! Perangi mereka, bantu ISLAM dan saudara kita di medan perang dengan teguhkan ISLAM dalam diri dan masyarakat.



Thursday, March 15, 2012

dia yang aku sayang

alhmdulillah, allahuakbar, subhanallah, astaghfirullah

assalamu'alaikum

alhmdulillah, ari ni sy rase nk kongsi satu bnda ngan sahabat2 yg len. pengalaman yg mungkin xpernah dilalui org lain.

ari tu, sy tidur umah senior kat jordan. ada program, qiamullail same2. ptg tu, sy xde rase ape2, hari dilalui macam biasa. lepas abis sharing ngan senior, kitorg masuk tidur. alhmdulillah, pukul 3-4 pg,kami dikejutkan utk qiam same2. sy seperti biasa, tgk fon, kot2 ad mesej. '1 new message'. aik?sape la ata mesej tgh2 mlm ni? sy tgk nama.. oo,abh. bila sy bukak mesej tu, trus sy kaku. "mok esah meninggal dunia xdi"....hah??ya allah..mok esah ni mak sedara sy, sgt baik, dia suka gi jalan2 umah kami hujung mggu. masa tu, sy xpikey ape2 pun, just nangis. semo org terkejut. kwn2 n senior tnya, nape. sy diam..xterucap sepatah pun. then, ad sorg kawan sy amik fon n baca mesej tu. dia pun trus peluk sy n suh bsabar. sy still nangis.
kak ira, ajak kami semua solat ghaib. alhmdulillah, semua tolong solatkan utk mak sedara sy tu.
balik jer rumah, sy masuk tndas, still nangis.
ya allah, sy pernah terfikir bnda ni akn jd, tp, xsangka ia terjd masa sy bru je dtg jordan. first year in jordan...
semua plan yg sy buat utk hari tu,semua cancel. hah...

then, on 28 january 2012, the similar news came back. masa tu, kitorg tgh winter break. sy sdg bercuti kat turki. sekali lg ALLAH uji. masa sy sedang round ayasofya-masjid/muzium di istanbul, abg sy ata mesej. jelas2 dlm kandungan mesej tu, abg bgtau pok cik; bapa sedara sy mninggal dunia.
sy terduduk, kaku, xterkata apa2 di tgh2 kubah ayasofya. sy baca mesej tu skali lg, n skali lg,n skali lg. abg sy tipu. tu yg sy fikir mula2. xkan lah jd camtu, XKAN. then, kwn sy amik fon, ata mesej kat abg, suh col sy.
abg col. trus sy nangis. tnya setiap apa yg sy nk tau. tp,hakikat tetap sama, pok cik telah pergi.
sy trus nangis, nk jer blk, tp skrg ni sy kat turki, camne??
sy cuba tngkan diri. jalan2 macam biasa, tggu blk trip. tp stiap kali ingt muka pok cik, sy nangis.
rindu bau myk wangi nya, windu masakan dia, windu nasihat dia. sy rindu dia. xkisah kalau xsempat tgk jenazah, tp sekurg2 sy nk baca yasin di kuburnya yg masih basah. xnak tggu bulan 8, nk blk........tp, sy tau susah utk semua tu.

kak bgtau yg kalau kita btul2 sayang org yg dah mniggalkn kita tu, sentiasa sebut nama n kebaikannya. sy sdg mncuba, tp xmampu. setiap kali teringt arwah, sy akn nangis.

tapi, ingin sy kongsi kebaikan arwah bapa saudara sy. dia sgt pemurah, sentiasa menolong org yg kurang berkemampuan. dia suka baca akhbar abh, tiap2 petang dia dtg rumah; ziarah kami semua sambil2 baca akhbar. dia suka memasak. dia sgt suka membaca. kitab2 nya tersusun kemas dm rak, sntiasa dibelek bila nk pergi mengajar. dia sgt merdu suaranya. dia sayang ank2 saudaranya; sentiasa sy dipeluk, didoakan olehnya. dia sayng kami semua, n sudah tentu dia sgt disayangi oleh kami. =)

kini, sy hnya mmpu berdoa arwah tergolong dlm golongan ahli2 syurga. dan pasti, sy akan cuba utk bersamanya di syurga nanti.
alhmdulillah, ALLAH ingin sy sentiasa ingt mati. alhmdulillah. ya ALLAH, alhmdulillah krn bntu aku hadapi ujian-MU.

doakan allahyarham TUAN GURU HAJI HUSSIN BIN IBRAHIM.

alfatihah.

Monday, February 27, 2012

rindu

assalamualaikum
alhamdulillah
subhanallah
allahuakbar
astaghfirullah

hmm, dah lama xjenguk sini. kawan2 aku, si pipah, yana, shidah still jenguk blog kitorang ni ke tak, xtau lar. hari ni kelas abis kul 3ptg, lepas tu gi beli nota jap kat maktabah nursing. otw blk, singgah zam-zam beli corn flakes n lain2. ha3, camtu la hari2 sekolah yang aku lalui. mungkin kedengaran biasa buat org lain, tp cukup berbeza dgn hidup aku dhulu.

dulu, bila blk jer, mak dah siap masak nasik, skrg nih, kawan2 lak yg msakkn utk aku(aku masak hari lain). dulu, studi main2 jer,he3.. bio, fizik, kimia. skrg ni fisio, anat, histo, organic chemistry. fuh, agak mengancam. dulu, blk jer tgk tv, skrg ni blk kena simpan bilik n baju. tp, apa yg pelik nya kn? dah namanya awk tu dah besar, so, hidup semakin berubah.

smalam baru lepas skype nga abh ma, windu~, ~..sngguh aq xsaba nk blk msia.

ari ni aq studi ngan kawan arab dr iraq, tp dia n famili stay kat UAE. studi anat, n borak2 la skit. aq sempat la blaja bahsa iraq skit2, agak berbeza dgn ammi jordan. cth; klu jordan apa khabar-shelunik? klu iraq-shelunij.. bunyi memang lain. hu3, cam beza nya klate n kedah la no..

one fact that i've learned this week; we should live to express ourselves, not to impress. do what u wanna do n be the one you're dreaming to be.

doakan kami semua..

bittaufiq wannajah dear friends..

salamu'alaik..

from turkey


Monday, December 19, 2011

3 patah kata


just for fun...

i'd watched this vid for so many times..

we will get something here..watch it carefulluy..

credits: matluthfi90

Cinta.love.sarang.


Surprisingly, people around me are talking about this topic nowadays. Hmm. What’s with love? Ok, how innocent that question is. Love is basically (from my own opinion) the feeling that you have for someone that you will do anything for him/ her and you hope that both of you will stay together forever. In Islam, we did talk about love. But, yes, of course, the Greatest love is the LOVE FOR ALLAH.

                I love my mom, my mom, my mom and my dad. All I know is that, even one day, I might have to respect and love my husband more than my parents, BUT my love towards them will never ever decrease.

                Here, i wanna share the lyrics of a song for my respectful readers... and my beloved friends.

Kalimah Cinta
Artist: In-Team
Song Category: Nasyid

Pepohon cintaku kian merimbun 
Semakin dicantas makin bertunas
 
Tidak mampu mendustai hatiku
 
Rasa cinta fitrah manusia
 

Siapalah aku menolak cinta
 
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
 
Hidup ini tidak akan sempurna
 
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa
 

Adam Hawa bercinta di Syurga
 
Angkara iblis terpisah menderita
 
Kerana cinta mereka setia
 
Bertemu di dunia
 

Dengan cinta kenal Pencipta
 
Dengan cinta kenal RasulNya
 
Kerana cinta kenal saudara
 
Bahagia keluarga
 
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
 
Sengsaralah jiwa
 
Sengketa dan dusta
 
yang merajai jiwa
 

Di batasan cinta syariat terjaga
 
Tanpa keraguan tanpa kesangsian
 

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
 
Betapa agungnya kebesaranMu
 
Diri ini mengharapkan cintaMu
 
Kekalkanlah rasa kehambaan ku

@autumn_i love sharing songs=)

Template by:

Free Blog Templates