hwanyeong~kangei~huānyíng~welcome!!

welcome to our baby blog!!

the newest pinky bling2 star in a blue diamond with the braveness of reddish sand..

Tuesday, March 20, 2012

3 MAC 1924

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, allahuakbar, subhanallah..

Yup. 3 MAC 1924. Apa sgt dgn tarikh 3 MAC tu? Hari jadi sesiapa yg istimewa ke? Umm, bagi yg cukup cakna, tarikh itu ialah tarikh yg sepatutnya kita bersedih, kita insaf, kita sedar n merenung kembali sejarah2 lama. APA???! 3 MAC mgkn tarikh bahagia buat orang2 kafir, TAPI TIDAK BAGI KITA! Pada 3 MAC 1924, KITA KEHILANGAN KHALIFAH. ISLAM HILANG PEMIMPIN BERWIBAWA. Ya, itulah apa yg berlaku pada 3 MAC. 

BAGAIMANA?

Sebagaimana yg kita telah tahu, dunia Islam bermula dengan Rasulullah tercinta, dan sistem khalifah pula bermula pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Pada zaman kegemilangan Islam, dunia seluruhnya berpaksikan ISLAM, cara hidup, pakaian, ilmu; semuanya dicedok dr dunia ISLAM. Kita disanjung, umat Islam terbela, AL-QURAN dimuliakan dan ISLAM sendiri menjulang tinggi. Namun, bermula zaman Turki Uthmaniyah, ISLAM mula tercabar. Pernah satu ketika TANAH PALESTIN diminta oleh British untuk dijual, namun, khalifah KITA, SULTAN ABDUL HAMID II pada masa itu dengan tegas mengatakan, 

     “Sesungguhnya aku tidak sanggup untuk melepaskan walaupun sejengkal dari tanah ini (Palestin). Kerana ia bukan milikku, tetapi milik rakyatku yang telah berjuang dengan darah mereka untuk mempertahankannya.”
Namun, British dan sekutunya terus berusaha untuk jatuhkan dunia Islam. Mereka memilih Mustapha Kamal Atarturk untuk agenda mereka. Saat itu, Turki jatuh ke tangan kuasa Barat. Seluruh Negara Islam dipecahkan kepada negeri2 kecil. Wujudnya perbezaan bangsa walaupun pada dasarnya, umat ISLAM hanyalah satu. Bangsa ISLAM. Tepat 3 MAC, KHALIFAH dihapuskan.

JADI??

Dimana khalifah kita?

Lihatlah Palestin, Syria, Libya, Mesir. Dimana peranan kita? Ya, kita tak mampu berperang, kita masih tak mampu bedil zionis2 tersebut, tp kita mampu merubah diri kita. Kita mampu bentuk MUSLIM MUJAHID sebenar2nya dalam diri kita. Dengan itu, kita bina keluarga muslim, masyarakat muslim, kerajaan muslim, Negara ISLAM, dan setrusnya Ustaziyatul alam-EMPAYAR ISLAM.

Jom! Mula bertindak! Perangi mereka, bantu ISLAM dan saudara kita di medan perang dengan teguhkan ISLAM dalam diri dan masyarakat.



0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates