Alhamdulillah, allahuakbar, subhanallah..
Astaghfirullah..
Assalamualaikum..
Baru-baru ni, 21/3/2012, adik-adik SPM semuanya, penuh emosi. Ada yg gembira, sedih, hampa, bangga dan macam2 lagi. Ya, itulah fenomena biasa yg melanda Malaysia bila shja result SPM dikeluarkan. Mgkin bg kami, tetragurlz, SPM itu hanyalah sijil biasa, tp tidak bg mereka. Ini titik permulaan bg semua lepasan SPM. Dulu, sy pernah post pasal cabaran lepas SPM. Yup, laaaagi mencabar emosi dan fizikal(klu blaja kereta) dari SPM. Mane taknya, lepas SPM, kena fikir sal nak amik STAM ke tak, nk amik biasiswa ape, nk ngaji kat mane, pastu, kena prepare interview lak, bukan calang2 interview. Nk minta biasiswa, nk jd guru, nk cari kerja sambilan n byk lagi; itu semua satu pengalaman yg sangt baru. Nk bndingkan dengan SPM yg tiap2 hari asyik makan suap cikgu jer, memang kehidupan lepas SPM lagi mencabar.
Namun, kita tetap xdapat nafikan result itu boleh mengubah semuanya. Hala tuju kita, kerjaya kita dan apa impian kita; semuanya bermula dengan mengambil slip result SPM.
Tapi, nak tak nak, kita mesti sedar yg result bukanlah apa yg patut kita ambil kira. Kenapa? Hmm.
Analogi mudah, katakan kita ni nk tanam pokok betik. Adakah kita dapat kawal sebanyak mana nak letak baja? Ya. Adakah kita dapat kawal sekerap mana nk siram pokok tu? Derr, ye lah. Ok, sekarang tanya diri kita balik, adakah kita dapat kawal sebanyak mana pokok betik tu harus keluarkan buah setiap tahun? Um, mesti la tak kan. Coz ALLAH yg kawal itu semua.
Ya, ALLAH yg tentukan resultnya. Tp, USAHA? Kita dapat kawal itu semua. Kita boleh usaha bersungguh2 atau wat rileks jer. Kita boleh pilih nk study ke main game. <he3, terasa lak> Pucuk pangkalnya, kita boleh BERUSAHA. Hasil? ALLAH dalam kalam indah-Nya memberitahu kita bahawa kita akan dapat setimpal dengan apa yg kita usahakan. So, klu kita usaha lebih, dapat lah lebih.
Taaaapi. Dah usaha, result still.................hmm...
Ok, tp ALLAH pun bgtau kita yg hanya amalan yg ikhlas jer diterima. Kan? So, check dulu usaha kita tu. InsyaALLAH, betulkan niat baik2, belajar kerana ALLAH, insyaALLAH, kita akan Berjaya dunia akhirat. Ingt, janji ALLAH itu benar.
Hu3, sekadar sharing sambil menasihati diri sendiri.
Doakan saudara kita di Palestin, Syria, Lubnan, Iraq dan seluruh dunia. Moga2 mereka berada dalam perlindungan ALLAH, amin.
Wassalam.
"LiVe to EXpReSs, NoT TO imPrEss"
<3 ('',) <3
0 comments:
Post a Comment