hwanyeong~kangei~huānyíng~welcome!!

welcome to our baby blog!!

the newest pinky bling2 star in a blue diamond with the braveness of reddish sand..

Sunday, January 16, 2011

manusia memang macam tu...

KES 1 : Abu berjumpa dengan rakan baiknya, Bakar pada suatu pagi yang hening di kedai kopi Pak Mat. Dia membebel mengenai sikap Atan yang suka merendah-rendahkan orang lain dan menghina mereka di hadapan orang ramai. Baginya, itu satu sikap yang buruk dan mesti dijauhi. Bakar cuma diam membisu sambil menghirup kopi lazat HPA. Tiba-tiba, pengutip sampah terkenal di seluruh kampung datang menerjah mereka dan cuba memulakan perbualan. Abu tanpa membuang masa terus menengking pengutip sampah itu dan memaki hamunnya di depan semua kaki warung Pak Mat. Busuk, katanya. Bakar melihat Abu dari atas hingga ke kasut butnya dan menggeleng kepala dua tiga kali.

KES 2 : Tia menyoal Lini berulang-ulang kali tentang apa masalah yang dihadapinya sehinggakan dia tidak pergi ke sekolah seminggu. Lini cuma tersenyum dan bertegas tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Tia meninggalkan Lini seorang diri dan berazam untuk tidak merapatinya lagi. Apa gunanya seorang rakan kalau tidak dapat menghulurkan bantuan? Apa gunanya persahabatan yang penuh rahsia?

Apa yang saya ingin sampaikan disini sebenarnya tentang perangai manusia yang macam-macam ragam dan karenah. Kita asyik mengutuk dan mengumpat sikap orang tanpa menyedari bahawa kita juga bersikap demikian. Kita peroleh segalanya, tapi tidak pernah menghargainya. Kita rasa kita betul, tapi sebenarnya salah. Itulah manusia. Namun, kita juga diberi panduan untuk memilih yang betul, melakukan yang benar dan menghargai apa yang ada. Yang tinggal hanyalah sama ada kita mahu atau tidak menerimanya.

Satu cara yang baik untuk kita tidak menyakiti  orang lain ialah dengan meletakkan diri kita di tempat mereka. Kita geram sangat bila tengok kawan kita asyik berahsia, namun cuba bayangkan, adakah kita mahu semua orang tahu yang family kita bermasalah? Atau mahukah kita beritahu mereka kesilapan terbesar yang kita lakukan? Begitu juga dengan sikap merendah-rendahkan orang lain. Cubalah berfikir dengan lebih positif dan jujur.

Semua manusia ada hak termasuklah kawan kita, guru, peguam atau pengutip sampah. Mereka semua punya harga diri. Saya harap agar kita semua boleh berubah sempena angka baru, 2011 yang baru je tiba. Saya mahu menjadi yang lebih baik dan berharap geng2 saya pun sama. 

INGAT!! Tiada yang boleh ubah diri kita kecuali kita dengan izin-Nya.

              ~autumn~

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates