hwanyeong~kangei~huānyíng~welcome!!

welcome to our baby blog!!

the newest pinky bling2 star in a blue diamond with the braveness of reddish sand..

Wednesday, August 3, 2011

ALLAH uji bermakna ALLAH SAYANG

Alhmdulillah, ALLAH murahkan rezeki saya di Shah Alam ni. Duk kat kolej ni selama 3 bulan, fuh... satu tempoh yg amat ‘berhantu’ bagi saya. 3 bulan tnpa family, mmg x boleh. Ni la jadiknye bila xde pengalaman langsung duk asrama. Nasib baik la dulu xde la asyik terperap dlm umah, sekejap ke KBMALL, kdg2 ke kedai mi celup kat stesen bas tu, xpom, gi jalan2 umah cikgu. Tido umah kwn pun dah biasa. Jd gak, ad la sikit pglaman tido jauh dr umah tnpa ma abah. (bunyi cam aq ank manje jer, bukan camtu ek).

bila sampai sini, terus fikir nak balik umah. Kalau ikut plan, nak balik jgk sebulan sekali. Ok, paling kurang 2 kali dlm 3 bulan tu. He3. Alhmdulillah, akhir bulan 6, rasa dah ad dah peluang untuk balik Kelantan@klate. Punyer la semangat pegi beli tiket, termasuk tiket roommate yang nk join balik klate. Tp, 2 ari sebelum blk, kitorang dapat info yg hujung minggu tu ad program yg wajib dihadiri oleh semua pelajar. Hah???! Terus telefon abah, tnya camne nih. Abah kata okey jer, kalau rasa nk blk jgk, balik. Hadui, tp bila dah tertulis wajib, alamatnya... dengan rela hati, saya pergi jual blk tiket tu(tolak rm10). Takpo, alhmdulillah. Jd, mggu berikutnya, xplan dah nk blk. Lupakan buat sementara waktu, cewah. Lepas tu, mggu seterusnya terasa cam kampus saya sunyi jer. Maksud tersiratnya, xde apa2 program la mggu tu. Plan la nk balik. Tp, tnpa disangka jgk, kuiz kimia, bio, fizik bertimbun. Waduh. So, i cancel the plan of going home, AGAIN. Sabar2.

PADA SUATU PETANG tu, tetiba jer rasa sedih. Macam saya disekat drpd blk umah. Hmm. Petang tu memang emosi tahap mat rock la. Dalam kepala dah terbayang nasi tomyam ma buat, ketam dan udang yang abah beli dan bunga2 ma.

Malam tu, saya jumpa dengan kawan. Jelas nampak muka dia yang lesu, badan xbermaya. Nampak cam ad masalah besar jer. Masalah dia sampai buatkan dia xnak blajar, xnak balik kolej. Bila saya tgk dia, jd terfikir pula. Saya cuma x boleh blk kg, tp dah frust cam org da hilang harapan. Kawan ni pulak lagi besar ujian dia. Saya ujian sekecil tu pun, dah emosi pelik2, tp dia.. Orang lain yg lagi hebat diuji tu? muslim di Palestin? Pesakit2 kat hospital tu?Hadui. Ingt pulak mesej yg saya terima masa ada masalah besar dulu.

“Seringkah kita terfikir, bagaimana mulia dan bersihnya hati NABI kita, NABI MUHAMMAD S.A.W, tetap senyum bila dibenci, tetap tenang bila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi. KenapA kita mudah benci bila dikasari, mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi, mudah kecewa bila orang lain tidak memahami, mudah terguris bila dilukai? Marilah kita tarbiah diri, agar segala yg indah menghiasi peribadi, kerana qudwah kita ialah Nabi, KEKASIH DAN HAMBA ALLAH  yg kita cintai.”


Ya. Kenapa?

Mesej ni sy hantar pada kawan yg ada masalah tadi. Dia pun terfikir jgk yg ini hanyalh ujian untuk tgk sejauh mana kita cintakan ALLAH. Subhanallah.

Alhmdulillah, ALLAH bagi peluang untuk kita berfikir. ALLAH uji kerana ALLAH sayang kita, nak suruh kita ingt kat Dia. Alhamdulillah, ya ALLAH.

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates