Kelantan merupakan salah sebuah negeri di Malaysia. Kedudukannya di kawasan pantai timur Malaysia, bersebelahan dengan negeri Terengganu dan bersempadan dengan Negara Thailand. Kelantan merupakan negeri yang kaya dengan keistimewaan yang tersendiri.
Kelantan mula-mula dikenali dengan nama Ho-lo-tan. Sejarah tersohor mengenai Kelantan ialah kewujudan puteri kesayangan rakyat, Che Siti Wan Kembang. Kelantan juga dikenali sebagai negeri ‘Serambi Makkah’. Kini, Kelantan ditadbir oleh Menteri Besar Kehormat, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Antara tempat menarik di Kelantan ialah, Pantai Cahaya Bulan, Pasar Besar Siti Khadijah, Muzium Kelantan, Bank Kerapu- World War II Memorial, Kampung Kraftangan, To’ Bali n so on..
Makanan Kelantan sangat digemari oleh semua masyarakat Malaysia. Biasanya, masakan Kelantan lebih manis, masin dan berlemak berbanding makanan negeri lain. Contoh makanan tradisional Kelantan ialah, ‘cek mek’- gandum goreng yang diisi dengan gula, jala mas, laksam dan budu.
‘Budu’ merupakan makanan yang wajib ada lam hidangan coz ia memang menambah selera makan.
Loghat Kelantan adalah yang paling unik di Malaysia. Ada perkataan yang dibina daripada bahasa Inggeris dan Arab. Contohnya;
· Tok Degih : tak jejas sikit pun; nothing
· Semat : handsome
· Selok : selak, kunci, sangat2; key, so much
· Ngenak : kacau; disturb
· Kocok : goncang; shake
· Meto : keras kepala; stubborn
· Gochoh : pukul, gaduh; fight
· Gaduh,loghak : tergesa-gesa; in hurry
Malah, orang Kelantan sangat bijak menggunakan bahasa lain bagi menerangkan sesuatu benda dengan lebih jelas. Jika bahasa Melayu menggunakan ‘sangat’, loghat Kelantan menambah perkataan lain yang lebih unik. Contohnya;
sangat cantik : come lote
sangat manis : manih leting2
sangat manja : manja kededek
sangat putih : putih sepo
sangat hitam : ite lege
sangat tawar : tawa heber
sangat pahit : pahit lepe
dan sebagainya… tok chekak nok tulih blako..n_n
apa yang paling penting, di kelantanlah lahirnya wira negara...
nik nur madihah, 20A's in the 2008 SPM the red warriors, juara piala malaysia 2010
kesimpulannya, ketahuilah bahawa Kelantan ini sangat unik dan istimewa. Jd, meh gi jale Kelantan! Jom, pegi Kelantan…
$ autumn $



















1 comments:
wahhhh...!!!
Post a Comment